Showing posts with label contoh surat tukar kos medic. Show all posts
Showing posts with label contoh surat tukar kos medic. Show all posts

Saturday, 20 June 2020

Contoh Surat Rayuan Pertukaran Kos Medic (ASPer)

Assalamualaikum.
Dah lama nak buat entry ni, sebab ramai yang nak tengok contoh surat rayuan. tapi masa tak mengizinkan,busy dengan virtual class. Maaf ye.

Semoga bermanfaat ye. Boleh tukar/ubah mengikut kesesuaian masing-masing.
Ni contoh surat akak dulu-dulu. Awak semua boleh buat ayat merayu yang ikut condition korang. Tulis je apa-apa luahan hati, tapi formal la ye.
Surat contoh akak ni, sebab akak dah dapat kos lain, iaitu Vet. Jadi akak nak merayu tukar ke kos medic.. Kalau korang nak guna untuk kos lain, korang tukar la alamat dekan & ayat2 rayuan tu ye.
Depend korg punya,kalau sama situation boleh guna ayat lebih kurang, tapi kalau korang nak buat rayuan sebelum result kos keluar, korang kena tukar ayat dia mengikut keadaan korang ye.
All the best!

Surat ni,email & hantar hardcopy kt office.

________________________________________________________________________________

CONTOH SURAT PERTUKARAN KURSUS


Daripada

(INSERT : NAMA & NO PHONE)
Kolej 17, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor.                                                                                                                      6 September 2015

Kepada

(INSERT : nama dekan)
Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Aras 4, Blok Pentadbiran
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.

Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2.            Saya (NAMA), (IC) telah ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar untuk semester pertama bagi sesi 2015/2016. Nombor matrik saya ialah XXXXXX.

3.            Saya amat berbangga dan berterima kasih kerana telah ditempatkan di salah satu universiti yang terbaik di Malaysia. Sebelum ini, saya telah melanjutkan pelajaran di peringkat asasi di Asasi Sains Pertanian UPM. Semasa di Asasi Sains Pertanian saya telah mendapat PNGK 3.XXX serta MUET Band X. Walau bagaimanapun, saya ingin memohon untuk menukar program pengajian kepada Doktor Perubatan.

4.            Untuk pengetahuan Tuan, saya telah berusaha bersungguh – sungguh untuk melepasi kriteria – kriteria yang ditetapkan oleh pihak universiti untuk mengikuti program tersebut. Untuk pengetahuan Tuan juga, saya sangat meminati bidang Kedoktoran dan bercita – cita untuk menjadikannya sebagai kerjaya di masa hadapan. Sejak dari kecil lagi saya bercita – cita untuk menjadi seorang doktor untuk membantu masyarakat tanpa mengira kaum. Saya sedar tentang cabaran yang terpaksa ditempuhi semasa pengajian program tersebut, tetapi saya berjanji akan berusaha bersungguh – sungguh untuk  menjadi pelajar yang cemerlang. Saya amat berharap agar saya dapat merealisasikan impian saya itu dan semestinya saya akan melakukan yang terbaik dalam program itu kerana ia merupakan impian saya.

5.            Saya sedar bahawa saya telah terlambat untuk membuat permohonan. Hal ini kerana saya tidak dapat segera ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan untuk membuat rayuan tempoh hari memandangkan saya tinggal jauh dari universiti iaitu di Terengganu. Saya sangat terkilan kerana terlepas untuk memohon rayuan bersama rakan yang lain. Oleh itu, saya sangat berharap pihak Tuan dapat memberi perhatian terhadap permohonan saya kali ini.

6.            Saya amat berharap agar permohonan pertukaran program ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini kerana, jika saya tetap meneruskan program Doktor Perubatan Veterinar itu, saya khuatir tidak dapat mengikutinya dengan lancar kerana kurang meminati bidang itu. Bersama – sama ini saya sertakan dokumen yang menyokong hasrat saya untuk menukar program pengajian. Keprihatinan Tuan dan kerjasama yang diberikan terhadap permohonan ini amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(NAMA)