Thursday 29 July 2021

Apa itu ASPER; Asasi Sains Pertanian UPM

Asper atau asasi sains pertanian merupakan program persediaan untuk memasuki alam ijazah. Lebih kurang macam matriks jugak. Mostly asasi/matriks akan ambil masa dalam tempoh setahun hingga 2 tahun.

Maklumat ni saya ambil berdasarkan laman web ASPER:

Kod & nama program : UP0000001 (Asasi sains pertanian UPM)

Tempoh pengajian adalah selama 2 Semester (Setahun) dengan menggunakan sukatan pelajaran Program Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia yang digubal berpandukan kepada sukatan pelajaran sains asasi institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara, matrikulasi dan sukatan pelajaran bagi STPM.


Pelajar perlu mengikuti program pengajian selama setahun dengan mengambil sebanyak 56 jam kredit yang merangkumi kursus Sains Asas ( Biologi, Kimia dan Fizik ), Matematik, Bahasa Inggeris serta kursus dalam bidang Pertanian. Setiap semester akan mengandungi enam (6) mata pelajaran dan setiap pelajar WAJIB LULUS semua mata pelajaran yang disediakan sepanjang pengajian.


Program ini akan dapat memberi asas pembelajaran yang kukuh kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran, terutamanya dalam bidang berasaskan pertanian dan sains di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini layak memasuki semua program pengajian yang ditawarkan oleh UPM. 


Okay done with facts. Sekarang nak buat story timeee...

Kenapa saya pilih untuk masuk ASPer??

Masa dulu kan, time muda2. fikiran pun lain... Lepas SPM, dapat tawaran matriks & asper..
Asper menjadi pilihan time tu sebab.. asper takde kod pakaian.. takde kena pakai formal macam matriks. sebab time tu memang tak suka pakai baju kurung... so rasa nak kan kebebasan la kononnya.. huhuhu. tapi dah lah buta fashion time tu. pergi kelas pun selekeh je... Nasib takde gambar zaman tu dah. hahaha. malu je nak tengok balik.

Reason kedua, sebab time tu kan ada 3 semester.. 1 semester dia bagi elaun 1k+ rasanya.. so macam extra sikit la daripada matriks.. hehe.. tapi masa asper takde belanja sakan pun. duit cukup2 untuk makan & buku, fotostat notes je.. memang struggle, x sempat nak enjoy. everyday bangun pun murung je....bangun, gi kelas, makan, study, tidur. macam lagi teruk daripada medic life. tapi time tu takde lecturer garang la. 

Reason ketiga, sebab UPM located dekat bandar. Time tu macam nak rasa living in city la acah2 despite knowing the living cost there. sebab matriks tu dapat kat banting.. lagipun, matriks punya location macam masuk ke dalam sikit..

Reason keempat, masuk Asper, dah ada guarantee place kat degree UPM. masa tu la, sekarang tak pasti.. sebab student asper memang akan diserap ke degree UPM. dia macam ada portal sendiri. Ada kelebihan dan keburukan jugak la. Make sure study dulu kos degree apa yang UPM tawarkan,sebab tak semua kos jugak ada. Kalau kos degree pilihan kita ada, baru go for it. sebab kalau dah masuk asper, kita tak boleh apply upu untuk ke uni lain.. (during that time, not sure right now) Tapi ada few students make it. macam ke USM, sebab USM ada portal asing. kalau nak oversea ke, boleh jugak. ada yang berjaya. but i dont know how to do it. That's why I stuck here. 



Menyesal ke masuk ASPER??

At first, ada jugak penyesalan. dah namanya manusia, mesti terbit perasaan macam tu. Menyesal tu bila tak dapat first choice kos yang diidamkan. Dapat second choice, which is vet. tapi tiba2 rasa tak boleh buat. & then, stuck, tak tahu nak buat degree kos apa. semua kos yang ada tak berminat.. Nak keluar dah tak boleh. 

Tapi bila difikirkan balik, sama je, kalau masuk UPU pun, tak semestinya dapat first choice. saingan pun banyak. We planned. Allah also has planned for us. and Allah is the best planner. 
Terima je takdir dan rezeki yang dah ditentukan. 

Banyak pengalaman dapat belajar kat asper. yang tak dapat kat tempat lain. itu kelebihan asper.... iaitu sains pertanian.  tak pernah terfikir untuk belajar pertanian. tapi best, enjoying, not stressful at all, dapat buat amali.. walaupun memenatkan, tapi memang tak kan dapat buat kat tempat lain.

If UPM is your dream Uni. You should go for Asper. I am living there for 6 years plus... i think i love it, i will miss it. tapi sebab kan medic life is so busy, tak sempat nak fully explore there.









No comments:

Post a Comment

Feel free to ask :)