Saturday 6 October 2018

Nak tukar masuk medic UPM?

Hi guys.. nampaknya macam ramai yang menghadapi masalah yang sama macam saya dulu, which is nak tukar ke medic from other course, atau tak dapat medic.

So, saya bagi pencerahan sikit. sebab saya jarang bukak blog/email, nanti ter-miss soalan korang. sorry adik2..

SILA BACA TIPS-TIPS INI DENGAN HATI YANG TENANG. XD

1. Disclaimer : Tips ini berdasarkan pengalaman saya, bukan daripada mana-mana pihak. Jadi ke tak jadi tu belakang cerita, yang penting usaha! dan tawakal.... huhu

2. Disclaimer 2 : Tips ini applicable untuk bekas pelajar ASPer (Asasi Sains Pertanian, UPM) dan tukar kos dalam UPM sahaja. kalau dari matriks/asasi lain, saya tak pasti. Kalau sape2 pernah cuba, dan berjaya, boleh kongsikan jugak!

3. Okay, start...
Khas untuk awak-awak yang tidak berjaya utk dapat tempat di kos medic atau mana-mana kos lain yang menjadi idaman hati/ tak terfikir nak masuk medic/kos berkenaan at first place, tiba-tiba nak pulak/ ada masalah yang menyebabkan untuk tukar kos/ etc

4. Yang pertama, selepas dah keluar result penempatan kos utk degree, jika berniat utk tukar kos, sediakan
- surat rayuan kepada timbalan dekan fakulti (mana-mana fakulti yang awak nak masuk)
nama dekan cari kat laman web fakulti tersebut
-CV -curriculum vitae yang bergambar (boleh cari contoh kat google)
-Result final exam Asper (semua sem)
-Result MUET
Hm... rasanya tu je.

5. Hantar secepat mungkin ke pejabat timbalan dekan, sebab nanti dia akan panggil untuk interview. Masa interview, bawak
-CV
-Result final exam Asper
-Result MUET
-Sijil-sijil kokurikulum (bawak je banyak-banyak yg mana ada)
Letak dalam file yang plastik tu, senang nanti interviewer nak belek..

6. Tunggu update daripada pejabat timb dekan/ kalau lama sangat takde update, cuba la call tanya.

7. Selamat datang ke medic life!

8. Kalau ada info yang korang nak tahu, tapi takde kat sini, tanya kat ruangan komen ye. sebab saya pun lupa dah apa yang penting lagi. sebab dah lama dah semua itu berlalu. cehh~

All the best!!