Saturday 11 July 2020

Bihun Sup Simple Student Style (Easy pezi)

Bila kena stay up ni.... lapar pulak!
Jadi ini antara contoh - contoh resepi/menu utk college student yang kelaparan di malam hari. XD

Bahan - bahan

  • Bihun 
  • Telur 1 biji
  • Kiub pati ayam maggi 1/2 kiub
  • Bawang putih 1 ulas
  • Air agak-agak laa
  • Minyak utk tumis sikit
  • Garam sedikit je
  • Blackpepper sedikit
Cara - cara
  1. Rendam bihun seketika dalam 10-15 minit (guna air suhu bilik je)
  2. Cincang dadu bawang putih
  3. Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih tadi
  4. Selepas bawang dah bertukar keperangan, masukkan air agak-agak dengan kuantiti bihun 
  5. Biarkan air mendidih jap...sambil tu masukkan kiub pati ayam, garam
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan bihun...
  7. Then,pechkan telur ke dalam periuk. Jangan kacau. Tutup periuk jap.. Api perlahan je ye..
  8. Masukkan sedikit blackpepper kat atas bihun+telur kita. Jangan kacau-kacau dah.
  9. Bila dah dapat konsistensi telur yang kita nak, angkat terus ke dalam mangkuk.
  10. Sedia di hidang.. 
Telur dah tak nampak rupa.. sebab dah makan separuh jalan,baru ingat nak snap!

Tudiaa alternatif lain selain megi di malam hari!
Bahan - bahan yang tidak perlukan peti ais utk di simpan.
Kalau nak upgrade, boleh tambah ayam, sayur (kubis,carrot,cili)

Selamat kenyangkan perut utk kekal berjaga & study!