Thursday 29 July 2021

Apa itu ASPER; Asasi Sains Pertanian UPM

Asper atau asasi sains pertanian merupakan program persediaan untuk memasuki alam ijazah. Lebih kurang macam matriks jugak. Mostly asasi/matriks akan ambil masa dalam tempoh setahun hingga 2 tahun.

Maklumat ni saya ambil berdasarkan laman web ASPER:

Kod & nama program : UP0000001 (Asasi sains pertanian UPM)

Tempoh pengajian adalah selama 2 Semester (Setahun) dengan menggunakan sukatan pelajaran Program Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia yang digubal berpandukan kepada sukatan pelajaran sains asasi institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara, matrikulasi dan sukatan pelajaran bagi STPM.


Pelajar perlu mengikuti program pengajian selama setahun dengan mengambil sebanyak 56 jam kredit yang merangkumi kursus Sains Asas ( Biologi, Kimia dan Fizik ), Matematik, Bahasa Inggeris serta kursus dalam bidang Pertanian. Setiap semester akan mengandungi enam (6) mata pelajaran dan setiap pelajar WAJIB LULUS semua mata pelajaran yang disediakan sepanjang pengajian.


Program ini akan dapat memberi asas pembelajaran yang kukuh kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran, terutamanya dalam bidang berasaskan pertanian dan sains di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini layak memasuki semua program pengajian yang ditawarkan oleh UPM. 


Okay done with facts. Sekarang nak buat story timeee...

Kenapa saya pilih untuk masuk ASPer??

Masa dulu kan, time muda2. fikiran pun lain... Lepas SPM, dapat tawaran matriks & asper..
Asper menjadi pilihan time tu sebab.. asper takde kod pakaian.. takde kena pakai formal macam matriks. sebab time tu memang tak suka pakai baju kurung... so rasa nak kan kebebasan la kononnya.. huhuhu. tapi dah lah buta fashion time tu. pergi kelas pun selekeh je... Nasib takde gambar zaman tu dah. hahaha. malu je nak tengok balik.

Reason kedua, sebab time tu kan ada 3 semester.. 1 semester dia bagi elaun 1k+ rasanya.. so macam extra sikit la daripada matriks.. hehe.. tapi masa asper takde belanja sakan pun. duit cukup2 untuk makan & buku, fotostat notes je.. memang struggle, x sempat nak enjoy. everyday bangun pun murung je....bangun, gi kelas, makan, study, tidur. macam lagi teruk daripada medic life. tapi time tu takde lecturer garang la. 

Reason ketiga, sebab UPM located dekat bandar. Time tu macam nak rasa living in city la acah2 despite knowing the living cost there. sebab matriks tu dapat kat banting.. lagipun, matriks punya location macam masuk ke dalam sikit..

Reason keempat, masuk Asper, dah ada guarantee place kat degree UPM. masa tu la, sekarang tak pasti.. sebab student asper memang akan diserap ke degree UPM. dia macam ada portal sendiri. Ada kelebihan dan keburukan jugak la. Make sure study dulu kos degree apa yang UPM tawarkan,sebab tak semua kos jugak ada. Kalau kos degree pilihan kita ada, baru go for it. sebab kalau dah masuk asper, kita tak boleh apply upu untuk ke uni lain.. (during that time, not sure right now) Tapi ada few students make it. macam ke USM, sebab USM ada portal asing. kalau nak oversea ke, boleh jugak. ada yang berjaya. but i dont know how to do it. That's why I stuck here. 



Menyesal ke masuk ASPER??

At first, ada jugak penyesalan. dah namanya manusia, mesti terbit perasaan macam tu. Menyesal tu bila tak dapat first choice kos yang diidamkan. Dapat second choice, which is vet. tapi tiba2 rasa tak boleh buat. & then, stuck, tak tahu nak buat degree kos apa. semua kos yang ada tak berminat.. Nak keluar dah tak boleh. 

Tapi bila difikirkan balik, sama je, kalau masuk UPU pun, tak semestinya dapat first choice. saingan pun banyak. We planned. Allah also has planned for us. and Allah is the best planner. 
Terima je takdir dan rezeki yang dah ditentukan. 

Banyak pengalaman dapat belajar kat asper. yang tak dapat kat tempat lain. itu kelebihan asper.... iaitu sains pertanian.  tak pernah terfikir untuk belajar pertanian. tapi best, enjoying, not stressful at all, dapat buat amali.. walaupun memenatkan, tapi memang tak kan dapat buat kat tempat lain.

If UPM is your dream Uni. You should go for Asper. I am living there for 6 years plus... i think i love it, i will miss it. tapi sebab kan medic life is so busy, tak sempat nak fully explore there.









Wednesday 21 July 2021

Wardwork. Apakah maksudnya?

 Wardwork.

Apa maksud dia? jadual medical student memang tak sama dengan course lain..

Selain daripada kelas, dalam jadual kita akan penuh dengan ward work. 

Kelas pun ada banyak jenis; contohnya- tutorial, seminar, case presentation, central lecture. semua ni refer sebagai kelas..

Tutorial ni basically student centered- maksudnya student yang akan prepare slides & present input kepada kawan2 sekelas, lecturer akan supervise and guide. 

Seminar ni lebih kurang tutorial jugak, depend on department mana yang guna term macam tu. tapi seminar selalunya presentation yang panjang & dry.

Case presentation selalunya dilakukan dalam group yang kecil, dalam 4-5 orang satu group per lecturer. Student akan cari case- real case from real patient kat hospital, sort semua history taking dan convert kepada presentation. case akan dicari time wardwork.. Kelas yang paling banyak, kelas untuk present case...sebab kita akan learn better from real patient.

Central lecture, yang ni lecturer yang bagi lecture, seminggu sekali je..


Wardwork? 

Yang ni kita boleh gerak solo, atau dengan partner atau group. Better with partner..

Kenapa?

1. Boleh maximize use of patient. Kalau pergi sorang, kesian dekat patient kena ulang 2 kali untuk 2 orang student. kalau pergi berdua, dah boleh save energy patient tu..

2. Boleh betulkan kawan kalau dorang salah atau ajar kalau dorang taktahu.

3. Boleh belajar drpd kawan yang lebih tahu.

4. Boleh discuss case bersama.

5. Kurang awkward, lebih motivated bila ada kawan bersama.

6. Boleh praktikkan saving mode- saving energy and time, contohnya student A tgh clerk patient, student tolong jot down point. so less than 30 minutes dah boleh settle. Me and my partner used to this method bila kita kena cover ward...


Apa nak buat masa wardwork?

1. First cari case, kalau computerized hospital, look for potential patient. (read : newly admitted, exam case, rare seen case, assignment case)

2. Better jangan baca lagi notes dia, screen thru je case dia apa.

3. Go to targeted bed and clerk.

4. Check the notes, untuk tgk apa yang kita tertinggal nak tanya, tengok management dia...

5. Masa wardwork jugak, masa untuk completekan logbook, untuk tengok procedure..


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Personal advice : jangan kiasu tau, maksudnya jangan bolot semua patient dalam ward tu sorang2 except kalau kena cover ward. kesian dekat kawan2 lain yang nak belajar jugak.. kesian dekat patient, jangan ganggu dorang lama2. just make it win-win situation, kita nak belajar dari patient, n patient boleh isi masa lapang dia dengan kita. 30 minutes would be enough.. kalau nak tambah lagi nanti, datang la next time.. 




Life as UPM medical student..

 Harini saya nak cerita rutin harian sebagai medical student (p/s : as ordinary student. tak malas sangat, tak rajin sangat) 

Rutin pada weekday on normal day.

1. Bangun awal...(means lepas subuh, tak boleh sambung tidur), siap2 terus kena ngam2 siap before 8. Most class start at 8. Pagi ni jugak kena iron baju (sebab malas nak prepare malam sebelumnya), buat breakfast kalau rajin (80% of the time skip breakfast)

2. Jalan laju2 dari kolej ke fakulti/ hospital. Kalau gerak pukul 7.45 pagi, boleh guna speed medium. Kalau gerak pukul 7.50, kena guna speed turbo. Tak boleh nak dengar lagu guna earfon pun. Once in a blue moon, gerak seawal 7.30/ 30 minutes sebelum kelas, boleh chill2, layan lagu Anson Seabra sambil menyesali kehidupan. huhuhu

3. Kalau ada 5 minit sebelum start kelas, sempat singgah beli kopi kat mart. Kalau tak ambik kopi, lemau la..

4. Then, get ready for class atau wardwork. untuk ke hospital, kena turun naik lif, disebabkan tu, kena bajet masa lebih beberapa minit untuk waiting time..

5. Lunch hour makan kat kafe, kalau free je untuk petang, keluar lunch kat luar dengan kawan2. Most restaurant kat IOI tu kitorang dah try. 

6. Petang kalau takde kelas, atau terpaksa cari case untuk case presentation atau case write up, most of the time kita akan balik kolej untuk menenangkan perut yang dah kenyang (a.k.a tidur). Uhuhu.. bila lunch kat kafe je, petang tu lepak kat library, study..atau siapkan kerja. i love my library vibes. 

7. Lepas isyak, akan siapkan kerja2 yang sepatutnya.. atau self study.. Dinner selalu nya masak sendiri (megi/nasi goreng) atau skip dinner. Bukan nak skip sangat sebenarnya, tapi selera tak berapa ada masa study dulu. No good food there. And thanks to that, boleh maintain berat 44kg.

8. Kalau buat kerja yang ada deadline, memang struggle kaw2, kalau self study je, pukul 12 dah atas katil.. 

For 5 days a week, macam tu lah tiap2 hari... 

Rutin pada weekday during near exam day.

1. Sama je, yang beza... petang lepas lunch, study.....study.....
2. Lepas isyak, sambung study.....study sampai pukul 2-3 pagi.
3. Malam sebelum exam, kadang2 tidur pukul 4 pagi, kadang tidur awal, bangun pukul 5.

macam2 cara dah cuba.. mengikut mood. but i would say the better is prepare early, not last minute preparation.... but who would do like that?


Rutin pada weekend on normal day

1. Bila weekend tiba, hari yang paling membahagiakan... lepas subuh, most of the time tak sambung tidur, sebab nak menikmati hari cuti. Suka morning breeze... 

Mengemas/ pergi pasar sabtu/do laundry/ make breakfast/ lepak dengan member/ tengok movie.. tengok mood yang mana. Tapi laundry memang akan buat pada weekend.

2. Lunch time, keluar pergi makan/ jalan2 kat mall dengan kawan2.

3. Balik petang/ malam dah penat... sambung sembang. atau siap2 untuk tidur. tapi dalam hati, tengah menyesali seharian yang telah dibazirkan tanpa baca buku... Dalam kepala dah plan nak study apa esok!

4. Next day weekend, tengok mood.. kadang baca satu page je, sambung main IG, FB, youtube, movie.... hahahaha. Lol.

5. Malamnya tu siapkan kerja yang due esok....


Rutin weekend near exam time

1. Laundry

2. Study3x

3. Lunch with cafe food


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa tulis ni, sekarang dah habis medical student life... bila tulis balik, tengah flashback my routine dulu2, rasanya tu lah yang telah dihabiskan selama 5 tahun. Rasa macam biasa je, takde boring sangat, takde busy sangat. Korang rasa macam mana? sebab bila sendiri punya experience takde rasa apa2 pelik sangat.

I miss my weekend on normal day so much. Chilling with friends. The best experience ever! except malam tu tidur tak tenang sebab terfikir kan masa yang dibazirkan.