Saturday 20 June 2020

Contoh Surat Rayuan Pertukaran Kos Medic (ASPer)

Assalamualaikum.
Dah lama nak buat entry ni, sebab ramai yang nak tengok contoh surat rayuan. tapi masa tak mengizinkan,busy dengan virtual class. Maaf ye.

Semoga bermanfaat ye. Boleh tukar/ubah mengikut kesesuaian masing-masing.
Ni contoh surat akak dulu-dulu. Awak semua boleh buat ayat merayu yang ikut condition korang. Tulis je apa-apa luahan hati, tapi formal la ye.
Surat contoh akak ni, sebab akak dah dapat kos lain, iaitu Vet. Jadi akak nak merayu tukar ke kos medic.. Kalau korang nak guna untuk kos lain, korang tukar la alamat dekan & ayat2 rayuan tu ye.
Depend korg punya,kalau sama situation boleh guna ayat lebih kurang, tapi kalau korang nak buat rayuan sebelum result kos keluar, korang kena tukar ayat dia mengikut keadaan korang ye.
All the best!

Surat ni,email & hantar hardcopy kt office.

________________________________________________________________________________

CONTOH SURAT PERTUKARAN KURSUS


Daripada

(INSERT : NAMA & NO PHONE)
Kolej 17, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor.                                                                                                                      6 September 2015

Kepada

(INSERT : nama dekan)
Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Aras 4, Blok Pentadbiran
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.

Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2.            Saya (NAMA), (IC) telah ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar untuk semester pertama bagi sesi 2015/2016. Nombor matrik saya ialah XXXXXX.

3.            Saya amat berbangga dan berterima kasih kerana telah ditempatkan di salah satu universiti yang terbaik di Malaysia. Sebelum ini, saya telah melanjutkan pelajaran di peringkat asasi di Asasi Sains Pertanian UPM. Semasa di Asasi Sains Pertanian saya telah mendapat PNGK 3.XXX serta MUET Band X. Walau bagaimanapun, saya ingin memohon untuk menukar program pengajian kepada Doktor Perubatan.

4.            Untuk pengetahuan Tuan, saya telah berusaha bersungguh – sungguh untuk melepasi kriteria – kriteria yang ditetapkan oleh pihak universiti untuk mengikuti program tersebut. Untuk pengetahuan Tuan juga, saya sangat meminati bidang Kedoktoran dan bercita – cita untuk menjadikannya sebagai kerjaya di masa hadapan. Sejak dari kecil lagi saya bercita – cita untuk menjadi seorang doktor untuk membantu masyarakat tanpa mengira kaum. Saya sedar tentang cabaran yang terpaksa ditempuhi semasa pengajian program tersebut, tetapi saya berjanji akan berusaha bersungguh – sungguh untuk  menjadi pelajar yang cemerlang. Saya amat berharap agar saya dapat merealisasikan impian saya itu dan semestinya saya akan melakukan yang terbaik dalam program itu kerana ia merupakan impian saya.

5.            Saya sedar bahawa saya telah terlambat untuk membuat permohonan. Hal ini kerana saya tidak dapat segera ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan untuk membuat rayuan tempoh hari memandangkan saya tinggal jauh dari universiti iaitu di Terengganu. Saya sangat terkilan kerana terlepas untuk memohon rayuan bersama rakan yang lain. Oleh itu, saya sangat berharap pihak Tuan dapat memberi perhatian terhadap permohonan saya kali ini.

6.            Saya amat berharap agar permohonan pertukaran program ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini kerana, jika saya tetap meneruskan program Doktor Perubatan Veterinar itu, saya khuatir tidak dapat mengikutinya dengan lancar kerana kurang meminati bidang itu. Bersama – sama ini saya sertakan dokumen yang menyokong hasrat saya untuk menukar program pengajian. Keprihatinan Tuan dan kerjasama yang diberikan terhadap permohonan ini amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(NAMA)



Saturday 6 June 2020

Medic UPM Overview

Hi, welcome back.. to me. lama sangat tak menulis ni. Daripada first year, sekarang dah final year.
Dah jadi hakak-hakak. Pada awalnya, masih ada masa dan minat untuk tulis.... dah masuk clinical years (year 3-5), busy dia tak boleh bincang. Kalau ada free time pun, ada aje benda yg nak dibuatnya. Especially tidur!

Btw adik-adik, korang betul ke nak masuk medic ni..... busy tau :P
Ada beberapa ketika terdetik/terjentik sedikit penyesalan masuk medic. huhuhu
Sebab busy life/hectic/ stress/kena marah/feel idiot/want my life/fail exam/susah nak faham/banyak nya nak kena cover/etc.... ((dark side of medic))

Maybe someday, boleh cerita the dark side plak. hahaha. bukan dark side la, more to reality of medic.

For today, nak cerita subjek medic as a whole. Dulu ada cite first year je, lepas tu hanging......
hahahha! tak sempat + malas.. Tapi nampak mcm ramai yg berminat, jadinya di musim PKP ni, nak bgi la korang something utk open mind sikit. tambah2 utk lepasan SPM, asasi..

YEAR 2 MEDIC (Disclaimer : sekarang kokurikulum dah berubah, jadi susunan year 1 & year 2 dah berubah, yang di bawah ini adalah pada tahun 2016)



Ini adalah subjek2 nya, macam biasa ada 2 pakej. Dalam 1 pakej,ada few subjek. alamak,x leh recall la subjek apa dalam pakej2 dia.... sorry...
Tapi,basically kita belajar banyak sistem, musculoskeletal, endocrine, reproductive, central nervous, and then epidemiology, behaviour science, comminication skill. yang ini macam persediaan utk masuk clinical years.

Dan di tahun 2, kita kena buat research... macam final year project.... (proposal + collect data + tesis) sama je, cuma kita buat in group of 3 & buat masa second year. Sebab final year dah tak sempat nak buat tesis2 ni....

YEAR 3



Year 3.... first year of clinical year.... baru menjejakkan kaki ke dunia medic dengan lebih real.
Year 3 akan ada major and minor postings..
Utk major posting, ada dua posting je. iaitu INTRODUCTION TO MEDICAL & SURGICAL. (pengenalan perubatan & pengenalan surgeri) lepas habis satu posting, akan ada end of posting exam... yang ini WAJIB pass.
Total satu posting +- 14 weeks kot. Tak pasti sangat. sorry kalau salah.

Then, ada la cuti beberapa minggu... (kalau pass major postings) kalau fail, kena remedial/repeat exam dikala kawan kawan yang lain tgh bercuti..

Lepastu, dah pass semua, masuk pulak minor postings..
Utk minor posting, ada EAR NOSE & THROAT (ENT), OPHTHALMOLOGY, RADIOLOGY, GERIATRIC, FAMILY MEDICINE..+ BASIC LIFE SUPPORT

Yang ini minor posting, xde clinical exam... Semua mesti pass punya. XD

Basic life support,kita belajar utk buat CPR, choking.. best. baru rasa doktor sikit. Ecewah..

YEAR 4



Year 4....  tough year for me... failed exam! (nanti entry lain cite pasal fail pulak XD)
Year ni memang tough sikit, posting dia lagi specific.. tak macam third year major posting,general sikit.
Major posting utk year 4, PAEDIATRICS, OBSTETRIC & GYNECOLOGY, PSYCHIATRY.
Minor posting - COMMUNITY, FAMILY MEDICINE, INTRO TO ORTHOPEDICS.

+ ELECTIVE POSTING

Macam biasa, major posting wajib pass by hook or by crook. minor posting plak, hmm.. takkan ada yang failed..

Year 4 quite interesting.. first time encounter kids, paeds patient.. first time encounter mak-mak yang bersalin, ibu mengandung, PSY patient.... banyak exposure masa tahun ni.. best dapat belajar macam2. tapiiii bila sampai hari penentuan (exam day) tercidukk jugak la.

community medicine, kita akan ditempatkan di Juasseh, Negeri Sembilan selama 6 minggu utk menjalani posting komuniti tu. macam2 aktiviti,exposure tentang komuniti yang akan dipelajari.. Sumpah best! yang ni x de exam,tu yang best. ahahha.tapi kena buat research (lagi), in group yang lagi besar. sebab kita buat research community-based pulak..
(community medicine deserve specific entry,i guess. sebab byk nak cite)

YEAR 5 (Tahun pengakhiran & ketentuan)



Jika adik - adik curious apa yang akak-akak, abang-abang senior year 5 belajar apa lagi..
ini lah dia...
Basically, ada ulangan posting daripada year 3 & 5 untuk pastikan segala - galanya covered. Plus minor postings lain..

Major posting utk year 5, MEDICINE, SURGERY, ORTHOPEDICS.. (wajib pass)
Minor postings, SENIOR PAEDIATRICS, OBGYN, PSY, (dia jd minor, sbb dia dah major masa year 4). Other minor - ED, ANAES, SPORT MEDICINE + concurrent FORENSIC...

(forensic posting - next entry jugak. Ehehe)

Year 5 pun sama mcm year 4, takde cuti...another posting + another posting, sampai lah habis..
sebelum nak habis tu, akan ada... PROFESSIONAL EXAM (hari penentuan)

Fuh, overview pun dah berjam nak explain... mungkin kena lukis senang sikit! haha

Nantikan next entry, got to go. Bye..

Xoxo,,
Aaina.