Dah lama nak buat entry ni, sebab ramai yang nak tengok contoh surat rayuan. tapi masa tak mengizinkan,busy dengan virtual class. Maaf ye.
Semoga bermanfaat ye. Boleh tukar/ubah mengikut kesesuaian masing-masing.
Ni contoh surat akak dulu-dulu. Awak semua boleh buat ayat merayu yang ikut condition korang. Tulis je apa-apa luahan hati, tapi formal la ye.
Surat contoh akak ni, sebab akak dah dapat kos lain, iaitu Vet. Jadi akak nak merayu tukar ke kos medic.. Kalau korang nak guna untuk kos lain, korang tukar la alamat dekan & ayat2 rayuan tu ye.
Depend korg punya,kalau sama situation boleh guna ayat lebih kurang, tapi kalau korang nak buat rayuan sebelum result kos keluar, korang kena tukar ayat dia mengikut keadaan korang ye.
All the best!
Surat ni,email & hantar hardcopy kt office.
________________________________________________________________________________
CONTOH SURAT PERTUKARAN KURSUS
Daripada
(INSERT : NAMA &
NO PHONE)
Kolej 17, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor. 6 September 2015
Kepada
(INSERT : nama dekan)
Dekan Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan
Aras 4, Blok Pentadbiran
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.
Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN
PROGRAM PENGAJIAN
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Saya
(NAMA), (IC) telah ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar untuk semester
pertama bagi sesi 2015/2016. Nombor matrik saya ialah XXXXXX.
3. Saya amat
berbangga dan berterima kasih kerana telah ditempatkan di salah satu universiti
yang terbaik di Malaysia. Sebelum ini, saya telah melanjutkan pelajaran di
peringkat asasi di Asasi Sains Pertanian UPM. Semasa di Asasi Sains Pertanian
saya telah mendapat PNGK 3.XXX serta MUET Band X. Walau bagaimanapun, saya
ingin memohon untuk menukar program pengajian kepada Doktor Perubatan.
4. Untuk
pengetahuan Tuan, saya telah berusaha bersungguh – sungguh untuk melepasi
kriteria – kriteria yang ditetapkan oleh pihak universiti untuk mengikuti
program tersebut. Untuk pengetahuan Tuan juga, saya sangat meminati bidang
Kedoktoran dan bercita – cita untuk menjadikannya sebagai kerjaya di masa
hadapan. Sejak dari kecil lagi saya bercita – cita untuk menjadi seorang doktor
untuk membantu masyarakat tanpa mengira kaum. Saya sedar tentang cabaran yang
terpaksa ditempuhi semasa pengajian program tersebut, tetapi saya berjanji akan
berusaha bersungguh – sungguh untuk
menjadi pelajar yang cemerlang. Saya amat berharap agar saya dapat
merealisasikan impian saya itu dan semestinya saya akan melakukan yang terbaik
dalam program itu kerana ia merupakan impian saya.
5. Saya
sedar bahawa saya telah terlambat untuk membuat permohonan. Hal ini kerana saya
tidak dapat segera ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan untuk membuat
rayuan tempoh hari memandangkan saya tinggal jauh dari universiti iaitu di
Terengganu. Saya sangat terkilan kerana terlepas untuk memohon rayuan bersama
rakan yang lain. Oleh itu, saya sangat berharap pihak Tuan dapat memberi
perhatian terhadap permohonan saya kali ini.
6. Saya amat
berharap agar permohonan pertukaran program ini dapat dipertimbangkan dan
seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini kerana, jika saya tetap
meneruskan program Doktor Perubatan Veterinar itu, saya khuatir tidak dapat
mengikutinya dengan lancar kerana kurang meminati bidang itu. Bersama – sama
ini saya sertakan dokumen yang menyokong hasrat saya untuk menukar program
pengajian. Keprihatinan Tuan dan kerjasama yang diberikan terhadap permohonan
ini amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(NAMA)
thanks
ReplyDeleteutk email ni kena email semua skali ke dgn cv result asasi ngn muet? and nk email dekat dekan ke or pejabat?
ReplyDeletehaah. Email sekali.. dkt email tu akak dah tulis surat tu. lepas tu attach jgk surat dlm word, cv, result, muet. sijil mcm x yh kot. dlm cv dh tulis kan.. email kan ke dean, timb dekan(medic). rasanya office x de email. akak pn x psti.tp akak terus ke dekan..
Deletehi akak, kalau dapat course dari fakulti lain nak tukar ke course FPSK boleh jugak kan email kepada dekan FPSK?
ReplyDeleteI think it is.
Deletehello kak. boleh akak sertakan sekali referral link cv akak tak? i mean dalam cv kita kena include apa je? saya masih confused so saya perlukan sesuatu untuk dirujuk. bila saya google, rata rata cv untuk graduates.
ReplyDeletehi.. im not so good in making CV. mine is simple only.. just include basic info (name, phone number, address, passport pic), then education level, skills (language, spoken, written), achievement (school+asasi).
Deletemaybe u can add on any other important and relevant information that u can think of.
n maybe i will make an entry regarding CV.
All the best.
Hi akak. Kalau nak jumpa dengan Dean kena make appointment dulu ke? Kalau kena reject boleh tak terus pergi Pejabat Dean?
ReplyDeleteHi. Tak pasti la. Mcm susah je nk jmpe dean. Dulu akak takde jmpe dean pun. Timb dekan blh la kot. Tp kne tnya admin office dulu apa2 pun. Sbb schedule dorg busy kn. Tp akak tak pasti sgt, sbb tkde experience. Sorry kalau tak berapa membantu.
DeleteSalam akak, sya nk tanya,kalau bt pertukaran kos, time ni dh start belajar or belum? Waktu bila sesuai utk bt pertukaran kos?
ReplyDeleteWslm, better buat masa sebelum daftar/lapor diri. untuk memudahkan semua proses...
DeleteThank you �� btw lama tak proses tu, lps brp mnggu bru dpt result?
DeleteHi nak tnya i nak apply course fakulti lain then kena email dekan dua dua fakulti ke ?
ReplyDeleteHi kak :) harap akak notice la komen ni sbb urgent sgt. Baru hari tu upu sy kena upm and dpt kos kat fakulti bahasa dan komunikasi tpi sy nk tukar ke kos fakulti pendidikan. Pada pendapat akak sy perlu accept tawaran tu dulu baru mohon tukar kos atau tunggu second intake?
ReplyDeleteKalau Bacelor Pentadbiran Perniagaan nak tukar ke doctor vet boleh ke? HURMM minat vet
DeleteAslm kak, saya dpt sains perhutanan nk tukar vet, harini dh first day masuk, saya nk email, boleh lg ke eh? :(
ReplyDeleteHello kalau Bacelor Pentadbiran Perniagaan boleh tukar ke Doctor Vet tak? Saya minat tu doc vet tapi tak dpt tu
DeleteDapat tukar kah tu? Sama lah dgn saya mahu tukar dari oentadbiran perniagaan pergi doktor vet boleh kah tu?ðŸ˜
Delete